Thursday, 16 November 2017

Stop Motion - Lemak Manis oleh Roslan Madun

November 16, 2017 10 Comments

'STOP MOTION' LEMAK MANIS oleh ROSLAN MADUN 

Kelapa untuk Sangrai Berbeda dengan Kelapa untuk Santan

Ha siapa pernah dengar Lemak Manis nyanyian Roslan Madun. Biasa selalu dengar di radio atau menonton  "cover' atau muzik video asal lagu ini. Untuk kali ini team Menantu Mak Awak memberi sedikit kelainan apabila mendengar lagu ini. Kami telah membuat video multimedia yang menggunakan kelima-lima elemen multimedia (teks, animasi, grafik, warna dan audio). Untuk kelainan bagi lagu ini kami menggunkan kaedah "STOP MOTION" kaedah yang menggunakan kreativiti tersendiri. Untuk tugasan ini setiap kumpulan diberi masa seminggu untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini diberi pada minggu ke-8 dan akan dipersembahkan pada minggu ke-9. Nak cakap penat memang penat semasa menyelesaikan tugasan ini.  Team kami mula berjinak mengerah  idea pada hari ahad . Bila kami mengambil kata putus untuk memilih lagu 'Lemak Manis' sebagai tugasan kami maka datanglah team kami di  rumah untuk siapkan bahan video seperti (melukis, mewarna,mengunting, ambil gambar) kami buat hari yang sama sampai ke malam, kami bertapa tepi 'sliding door' (sebab nak lighting cantik). Selepas itu kami sambung kembali dengan mengambil gambar hari pada Selasa (petang ke tgh malam). Esoknya tu salah secrang kami telah mengedit video, dan hasilnya sangat cantik tapi! Gambar  salah posisi semasa pengambilan gambar
 , jadi kami  tidak berpuas hati jadi kami memutuskan kembali untuk memulakan dari A-Z (untuk ambil gambar sahaja) petang tu jugak dekat perpustakaan. Gigih kami buat video ni. Jumaat  (minggu 9)  kumpulan pertama hehehehe.. Dah penat membebel dengan curhat dekat blog jadi jemputlah tengok video "Stop motion" kami. Team Menantu Mak Awak jamin tidak akan rugi apa-apa.  #menantumakawak #SiapaFollowKamiSayang




Calon Menantu Mak Awak

November 16, 2017 1 Comments

MENANTU MAK AWAK..





Ahli kumpulan kami terdiri daripada 5 orang gadis pingitan yang pastinya akan bakal menjadi menantu-menantu mak awak:





Nama : Nurfarhana Binti Abdul Khois
Bidang Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu
Asal : Negeri Sembilan
Hobi : Bagi pickup line dekat jodoh
Moto Hidup : Ini aku, dan aku akan terus jadi aku, tidak akan jadi orang lain tapi akan berusaha menjadi wanita terbaik. auchhhh
"Be Who You Are"





Nama : Nur Sharhah
Asal : Kedah
Bidang Pengajian : Ijazah Sarjana Linguistik Melayu
Hobi : Membaca novel Salina
Moto hidup : Jika diberikan pilihan antara teruskan atau ulangi semula, aku lebih memilih untuk berlari terus mengejar awan kerana pelangi itu menyakitkan

"Dare to Compare"





Nama : Arissara 
Asal : Kedah
Bidang Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Linguistik Melayu
Hobi : Menulis Cerpen Patah Tumbuh Hilang Berganti
Moto Hidup : Terus berusaha walaupun mereka kata kita tak kan bisa menghasilakan cupcake yang terbaik, kerana mereka tidak akan pernah dapat mengerti erti kejayaan yang sebenar

"Sawadi kha"





Nama : Weu Ta
Asal : Kelantan
Bidang Pengajian : Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu
Hobi : Mengkaji Karya Sastera Klasik
Moto Hidup : Kejayaan yang dicapai tak semestinya perlu melangkah kerana merangkak juga merupakan satu pencapaian yang cukup berharga

"Beat The Rest"





Nama : Nur Farhana
Asal : Johor
Bidang Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu
Hobi : Memantapkan hasil masakan demi memikat perut awak
Moto Hidup :  Jika peluang kedua itu ada, gunakan belajar daripada kesilapan. Perbaiki diri semampu yang boleh kerana perjalanan hidup itu adalah warna-warna yang akan mencorak siapa anda sekarang dan di masa hadapan.

"Save The Best For The Last"









Sunday, 12 November 2017

Objektif Kajian Blog

November 12, 2017 6 Comments










Objektif

Nama blog macam pelik , ini blog untuk cari jodoh ke, atau blog ini ada tips-tips untuk memikat ?? Oh tidak sama sekali blog ini bukan platform utama untuk pengikut-pengikut Menantu Mak Awak untuk  mencari jodoh mahupun blog yang tidak memberi input yang positif untuk awak semua tetapi blog ini ditubuhkan untuk memperkenalkan indahnya sastera, seronoknya belajar sastera, dan membuktikan bahawa sastera itu tidak bosan !!! Ni nak habaq kami team Menantu Mak Awak ada beberapa tujuan yang kami akan capai sepanjang kami mengendalikan blog ni:

1) Team Menantu Mak Awak akan mengangkat kembali sastera di  Malaysia ni iaitu sastera sesuatu yang menyeronokkan.

2) Team kami mahu menyedarkan masyarakat bahawa sastera bukan hanya di buku semata-mata tetapi sastera jugak berpengaruh di dalam media elektronik.