Aktiviti Sastera - Revolusi Mental Dalam Budaya Jawa oleh Profesor Sumarlam

REVOLUSI MENTAL DALAM BUDAYA JAWA



13 oktober 2017 : Kami, Menantu Mak Awak telah hadir  ke satu seminar yang diadakan di Akademi
Pengajian Melayu (APM,UM). 

Perbicaraan yang dijalankan oleh seorang Profesor dari Negara jiran kita, iaitu daripada Jawa iaitu Profesor Sumarlam. Selepas majlis habis, team kami mengambil peluang keemasan yang ada untuk menemuramah
dengan mengajukan beberapa soalan kepada beliau. Sungguh beliau baik orangnya, menjawab semua persoalan yang diajukan oleh kami dengan penuh tenang. Hasil daripada temubual yang kami jalankan, banyak ilmu dan fakta beliau kongsikan kepada kami. Sebelum menonton video temuramah yang team kami sediakan;
͚
Kami memohon maaf terlebih dahulu kerana tata suara dalam video ini  mungkin tidak begitu baik dan memuaskan pendengaran anda, iaitu tidak begitu jelas dan tidak mempunyai sarikata atas faktor kesukaran peralihan bahasa daripada Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.
͛

Tapi jangan bimbang dan khuatir, untuk menangani masalah tersebut kami telah pun bersepakat untuk menyediakan ringkasan perbualan berdasarkan jawapan kepada semua persolan yang telah kami ajukan kepada beliau.


 Video di atas adalah temubual antara Profesor Sumarlam dan Farhana, yang merupakan salah seorang ahli Menantu Mak Awak..
SEMOGA BERMANFAAT!






Dalam video yang berdurasi 4 minit ini, Prof Sumarlam telah ditemuramah oleh salah seorang daripada kami iaitu Farhana dan mengajukan sebanyak 5 soalan kepada Prof.

1) Apa pandangan Prof mengenai perkembangan sastera di Jambi?

- Menurut beliau sastera di Jambi masih berkembang malah ada perkara yang menarik iaitu wujudnya seorang sasterawan. Istimewanya sasterawan ini adalah dia menulis novel atau mengeluarkan beberapa karya semasa dia berada di penjara.


2) Nama-nama besar yang terkenal di Indonesia?

- Terdapat beberapa sasterawan yang terkenal, salah satunya adalah Joko Tormono (ejaan adalah kurang pasti)


3)Di Malaysia, Universiti-Universiti Malaysia masih menawarkan kos sastera, bagaimana pulak di Indonesia adakah sastera dianggap kos terbaik.

- Perkembangan sastera di Indonesia di perhatikan oleh pemerintahan kecuali kos-kos seperti drama, sinetron tidak diperhatikan oleh pemerintah.


4)Pandangan Prof  mengenai sastera pada tahun 2017, sama ada meningkat atau menurun?

-Kalau dari segi karyanya meningkat, namun dari segi pembacanya berkurang. Prof juga berpendapat ini kerana remaja pada zaman ini tidak suka membaca novel. Selain itu, pembaca novel juga terdiri drpd golongan doctor, ahli geologi.


5) Puisi , sajak, pantun adakah masih berkembang di Indonesia?

- Menurut Prof, disana masih berkembang cuma untuk pantun Malaysia lebih mempelopori berbanding Indonesia kecuali daerah-daerah tertentu seperti Surabaya.

KAMI, MENANTU MAK AWAK MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH TERHADAP PROFESOR SUMARLAM ATAS KESUDIAN BELIAU UNTUK TURUT SAMA-SAMA MENYELESAIKAN TUGASAN INI. 


Tarikh: 13 Oktober 2017



Lokasi, Bilik Seminar Kiambang, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

2 comments:

  1. Saya suka tgk cara penemuramah menemuramah Prof tersebut sangat mesra dan soalan yang di tanya juga sangat berpatutan. Nice lah

    ReplyDelete
  2. soalan yang ditujukan sangat bersesuaian .. nampak macam pro! tahniah

    ReplyDelete