Pelangi
di Hujung Mimpi karya dari Zakaria Ahmad terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Novel yang menceritakan keperitan seorang guru dalam liku-liku kehidupan
terutamanya konflik dalam percintaan. Jika dilihat melalui penyusunan
penceritaan memang tidak dapat dinafikan susunan yang begiyu baik mengikut bab.
Jika dilihat melalui susunan perkataan dan penggunaan perkataan adalah mudah
difahami. Selain itu, apabila dilihat kesusuaian pembaca pula, novel ini sesuai
dibaca oleh golongan remaja.
Novel Pelangi di Hujung Mimpi
walaupun menggunakan bahasa yang mudah difahami, susunan cerita yang tersusun
dan sebagainya. Namun, novel ini juga mempunyai kelemahan tersendiri iaitu yang
pertama novel ini seperti menyokong perkhawinan kedua dengan kata lain
mengalakkan kaum lelaki menindas kaum perempuan iaitu isteri mereka dengan
berkhawin dua. Sebagaimana kita melihat contoh bagi watak Cikgu Hamirul dan
Cikgu Razak mereka berdua sudah mempunyai keluarga tersendiri namun telah
memasuk meminang Cikgu Julia yang merupakan cikgu janda anak satau. Akhirnya,
cikgu Julia menikah dengan cikgu Razak dengan bersaksikan cikgu Bahrain iaitu
watak utama dalam novel ini. Melalui situ juga kita boleh melihat bagaimana
penulis menyokong kehidupan berpoligami.
Novel ini juga mempunyai kekuatan
iaitu novel ini tidak hanya membicarakan soal percintaan watak utama. Namun
dalam novel ini juga menceritakan unsur kekeluargaan iaitu bagaimana Bahrain
membantu abangnya iaitu Karim dalam menyelesaikan hutang along. Selain itu,
unsur persahabatan dilihat melalui hubungan rapat Bahrain dengan cikgu Hamirul
dan cikgu Razak walaupun mereka baru sahaja berkenalan dengan Bahrain.
Selanjutnya, melihat unsur isu-isu akhlak orang muda iaitu penulis juga
menyelitkan bagaimana kehidupan anak-anak muda di kampong yang tidak mahu
mengembangkan kehidupan, yang terjerumus dalam isi perlumbaan motor haram.
Akhirnya novel ini juga menyelitkan unsur percintaan iaitu bagaimana liku
penceritaan Farah dan Bahrain yang mulanya terpisah kerana Farah dipaksa
bertunang dengan lelaki pilihan keluarga, namun akhirnya menemui jodoh dengan
Bahrain.
Kesimpulannya, Novel Pelangi di
Hujung Mimpi walaupun mempunyai kelemahan namun di sebabkan kekuatan yang ada
dalam karya Zakaria Ahmad ini telah membuatkan karya ini menjadi menarik. Jika
ada markah 10 saya berikan 8/10!!
Sumber:
Ahmad Zakaria. (2015). Pelangi di hujung mimpi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sumber:

Ahmad Zakaria. (2015). Pelangi di hujung mimpi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
novel ni nampak menarik . tapiiii kalau orang yang dah berumah tangga lebih baik jangan baca novel ni :)
ReplyDelete