Ulasan Cerpen - Syed Mohd Zakir

Untuk ulasan cerpen yang pertama dari Menantu Mak Awak, team kami memilih cerpen "Mahd" yang kami ambil dari kumpulan cerpen Menyirat Nirmala. Dalam cerpen ini kami mengkaji pemikiran yang di gunakan oleh penulis S.M Zakir.   Berikut merupakan ulasan cerpen kami untuk cerpen "Mahd" semoga ulasan ini akan memberi manfaat.




Untuk cerpen "Mahd" terdapat dua pemikiran yang menonjol dalam cerpen iaitu :-
  1. Sumbangan Pemikiran Kehidupan Berimaginatif dan Kreatif.

Di dalam cerpen Mahd mempunyai pemikiran tentang kehidupan berimaginatif dan kreatif.

Orang yang berfikir kreatif dan imaginatif biasanya mampu menciptakan hal-hal baru dari kekuatan imaginatifnya. Berfikiran kreatif dan imaginatif membantu perkembangan pemikiran manusia supaya berfikiran jauh lebih ke depan. Kreatif selalunya dikaitkan dengan kesenian, kerana mempunyai nilai yang tersendiri. Contoh pemikiran kehidupan kreatif dan imatinatif dalam cerpen Mahd ialah:

“Lihat pintu ini – yang penuh seni dan tanda tanyanya. Suatu benda yang nyata … mungkin. Yang ditempatinya … ruang. Yang digunakannya … masa. Maka ia … realiti. Terbatas oleh ruang dan masa, terbatas. Realiti … terbatas. Tetapi, ruang dan masa tidak terbatas. Maka ruang dan masa adalah suatu yang di luar garis realiti. Tidak terbatas. Gambaran dari masa azali.”

Dapat dilihat bahawa sesuatu yang dihasilkan daripada fikiran kreatif dan imaginatif mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan berbeza daripada pandangan umum. Penghasilan yang kreatif dan imaginatif sangat unik untuk dipamerkan.

  1. Sumbangan Pemikiran Perkara Ghaib
Berdasarkan pembacaan, pengkaji mendapati dalam cerpen Mahd yang mempunyai pemikiran berkaitan perkara ghaib.
Ghaib menurut istilah adalah sesuatu yang tidak nampak oleh pancaindera tetapi ada ayat dari Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan akan kewujudannya. Oleh itu, menafikan atau tidak percaya wujudnya sesuatu yang Ghaib sama ertinya mengingkari Agama Islam itu sendiri. Selain itu, Perkara ghaib ialah perkara yang di luar jangkauan pancaindera manusia seperti perkara yang telah berlaku seperti kisah para nabi, kemusnahan umat terdahulu dan tarikh berlaku kiamat, bentuk kejadian manusia atau sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin, syaitan, syurga dan neraka. Contoh pemikiran yang terdapat dalam cerpen Mahd ialah:-
Aliff-Lam Ro ialah yang ghaib itu ditentukan atau dimanifestasikan dalam alam fizikal dengan ketentuan yang samar-samar dan lemah, bukan dengan ketentuan yang teguh. Yang bererti pangkalan/persinggahan (maqam) para nabi/manusia yang bersangkutan dengan pertentangan mereka terhadap kejahatan di alam benda ini dari semasa ke semasa.”
Oleh itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada perkara ghaib. Walaupun kita tidak dapat melihat, tetapi kita harus mempercayainya kerana perkara ghaib sering diperkatakan dalm Al-Quran dan Hadis.


Sumber: Zakir, Syed Mohd (2005). Menyirat nirmala. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


2 comments:

  1. pengisian bagi pemikiran ni bagus larrrr....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Blog ini terdapat juga kritik sastera, e puisi, aktiviti sastera dan beberapa video yang menarik

    ReplyDelete