E puisi - Puisi Jaga Auratmu Bunga







Puisi Jaga Auratmu Bunga


Sajak ini adalah hasil karya orang muda yang menggunakan nama pena ‘Anak Ayah’. Sajak ini berunsurkan nasihat kepada golongan wanita dan penulis menggunakan perkataan  bunga sebagai symbol wanita. Sajak ini melihat bagaimana wanita zaman sekarang masih jahil dengan aurat. Mendedahkan aurat juga sudah menjadi satu kejayaan kepada mereka yang cetek ilmu ugamanya. 




Ini adalah video sajak: Semoga Terhibur


Bunga,
Auratmu terdedah bagaikan satu kebiasaan,
Auratmu terbuka bukan sesuatu perkara yang memalukan untukmu.
Auratmu kau biarkan dilihat oleh manusia sekeliling mu dengan rasa bangga kau tayangkan.

Mungkin, mungkin bunga alpa,
Sikapmu sebegitu neraka tempatmu bunga
Bahkan bunga menjadi penghuni ramai di neraka
Ingat bunga keselamatanmu menjadi taruhan.

Bila ditanya, Dia menjawab
Aku selesa dengan pemakaian sebegini
Jaga kubur masing-masing
Aku mahu menjadi diri sendiri
Jangan jadi kuno! Katanya tegas!!

Ye! Ye Bunga !!!
Mungkin didunia kau akan gembira, tetapi  di akhirat penderitaan dijanjikan untukmu!

Bunga…..


Maksud setiap rangkap:

Pada rangkap pertama,
Penulis melihat bagaimana wanita sekarang tidak menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak mengikuti ajaran agama sendiri. Bahkan penulis/penyajak mahu menegur bagaimana seorang wanita itu bangga apabila menjadi tumpuan kaum lelaki dengan menjual auratnya.

Pada rangkap kedua,
Penyajak/penulis mengigati  kaun wanita akibat daripada perlakuan mereka pada rangkap pertama. Hal ini kerana supaya pendengar atau pembaca akan mudah faham dan sedar akan kesilapan sendiri.

Rangkap terakhir,
Penulis/penyajak melihat bagaimana respon seseorang yang akan ditegur oleh kita. Melihat bagaimana mereka mempertahankan cara hidup mereka sendiri iaitu senang mendedahkan auratnya. Melihat bagaimana pandangan mereka terhadap pemakaian menutup aurat.


Pesan “Anak Ayah”- Aku masih belajar menulis sajak, aku masih belajar mengenal perkataan.  Aku masih merangkak dalam membaca. semoga sajak ini dapat dijadikan manfaat kepada semua. 





Sumber:

youtube: B. (2017, September 11). Inspirational Cinematic Background Music. Retrieved December 06, 2017, from https://www.youtube.com/watch?v=3_3TQQsHNyo




4 comments:

  1. video yang amat cantik dan menarik sekali..walaupun video ini ringkas dengan hanya menggunakan gabungan animasi teks dan berlatarkan suara pengisah. Namun isi dan penyampaiannya cukup padat dan mantap serta membuatkan saya lebih menghormati kaum hawa..HeHehe...btw gooood job guys

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan komen ini 🤗🤗.. Blog kami terdapat banyak lagi karya sastera yang akan dpt membuatkan anda terhibur

      Delete
    2. Terima kasih dengan komen ini 🤗🤗.. Blog kami terdapat banyak lagi karya sastera yang akan dpt membuatkan anda terhibur

      Delete